Apa itu kartun?..dari kecik sampai beso gini pun tengok kartun...betul tak? ok kartun berasal dari bahasa itali iaitu cartone yang mana bermaksud kertas. Ia bermula bagi penghasilan rancangan dan juga rekabentuk, selain itu lukisan dinding atau gambar. Kartun adalah salah satu bahan komunikasi yang mana digunakan untuk menyampaikan sesuatu. Selain itu kartun juga adalah bahan humor dan juga elemen-elemen lain yang boleh disampaikan secara ringkas atau sebaliknya kepada sesiapa yang melihatnya. Kartun juga berkembang dari masa kesemasa mengikut peredaran zaman. Kartun biasanya boleh menyampaikan sesuatu secara mudah untuk difahami.
Sejarah kartun di Malaysia berlaku sebelum kemerdekaannya. Ia bermula selaras dengan yang dimainkan oleh akhbar-akhbar dalam tulisan Jawi dan Rumi seperti Majlis, Warta Jenaka, Utusan Melayu dan sebagainya. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam kartun di tanah air pada masa itu yang diketahui ialah Osman Kangkung, Saidin Yahya. Selepas era kemerdekaan, peranan filem dan pentas bangsawan memainkan peranan dalam sebagai media hiburan. Lawak jenaka pentas bangsawan berunsur "comical scetches". Majalah-majalah filem yang diterbitkan di Singapura (hanya 2 buah )yang membuat liputan filem-filem terbitan Shaw Brothers dan Cathay Keris turut mengadakan ruangan kartun dan lukisan potret seniman dan seniwati dari para peminat filem-filem Melayu.
Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin bagi kartunis-kartunis tanah air waktu itu. Nama-nama kartunis yang lahir melalui majalah filem seperti Rejabhad, Lat, Mishar, Rossem, R.Hamzah, Hussain Saad, Kassim (Mojo) dan ramai lagi dari pelbagai lapisan kerjaya. Rejabhad merupakan kartunis dari pasukan askar Melayu, manakala Rossem pula dari Pasukan Polis Hutan.Ada yang sepenuh masa sebagai pelukis.
Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano,Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis berkarya termasuk Mishar, Don, Kerengge, Long (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga ia ditutup.
Majalah BUJAL terbitan Rizalman melalui Raz Studio adalah contoh sebuah majalah kartun yang mendapat tempat di hati kanak-kanak dan pembaca pada tahun 1980an. Kerekter Bujal yang dicipta Rizalman dan Bujil oleh Nasah masih diingati hingga sekarang. Pun begitu, karekter Bambino melalui majalah BAMBINO adalah ikon-ikon pada masa itu. Ikon-ikon lain seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB)akan terus berada di bibir peminat kartun.
Jenis Kartun
-Gag cartoon.
Kartun yang mana mengandungi lawak dan kadangkala membuatkan kita berfikir walaupun sebenarnya kebanyakannya tak logik.
-Kartun editorial.
Merupakan kartun yang kebanyakan berkenaan politik, isu-isu semasa, rencana dan juga ada yang mengandungi unsur-unsur sindiran.
-Komik.
Iaitu kartun yang mempunyai satu garis cerita yang mana menghasilkan penceritaan, yang mengandungi unsur percintaan, seram, aksi dan lain-lain. Komik juga mempunyai banyak karekter di dalamnya yang membantu jalan cerita. Di jepun disebut 'manga' iaitu tertumpu hanya kepada komik jepun berbanding perkataan komik yang merujuk kepada semua komik-komik negara lain.
-Karikatur.
Adalah gambar wajah seseorang yang sebenar dan dilukis menjadi versi kartun dan sedikit lucu. Berbeza dengan lukisan potret yang mana lukisan yang dihasilkan betul-betul realistik.
1 comment:
wou panjang nya xpa pa2 pakjoe bca sampai abis
Post a Comment